Saturday, November 13, 2010

Our true love story {CST PRODUCTION}


Tak sangka, jodoh aku dengan dia..
Awal perkenalan kami amat pelik..ape tak nya..
Kami mula kenal pon tak tahu nama..ni kan pula utk berkasih..
Minggu yang kami lalui itu amat pahit disulami manis..minggu 'ORIENTASI'
Minggu orientasi itulah penyebab kami terus berhubung sehingga sekarang..

Awalnya, kami adalah dari kumpulan yg berbeza, tak tahu kenapa..
Hari itu kumpulan kami disatukan bagi menjayakan program petang tu..
Dijadikan cerita..
Tak ada perkenalan antara kumpulan aku dan dia..
Terus-terus je..
Kumpulan-kumpulan kami dipecahkan lagi untuk menjadi kumpulan yang lebih kecil.
Kerana kesuntukan masa..
Aku terus menawarkan diri untuk jd 'team leader' dalam kumpulan kecil 2..(dapat kumpulan sama ngan dia)
Seingat aku la..
Aku pon bg nme tok kumpulan lagi satu(kumpulan dia) dalam kumpulan kecil tu..
Setiap ahli (kumpulan dia) yang ada..ak bagi nama sesuka hati..
Dia pula aku panggil 'Samad'..
Terkedu muka sorang2...sebab dapat nama ala2 kampung gitu..
Masa awal-awal aku kenal dia..
Dia pendiam..
Dia baik..
Dia tak de perasaan..
Dia 'nerd'..(hahaha..)
Dia tak kisah orangnya..

Nak dipendekkan cerita...Aku mmg takde pape perasaan pon kat dier..
Hanya lah sekadar teman bergurau..(setiap kali ada kuliah)
Apa tak nyer..dengan perangai pelik dia tu..lagi la aku suka mengusik..
Siapa sangka..diam2 dia tu pon..dia ada hati dekat aku (smpi sekarang dia tak mengaku)
Disebabkan kami dari kelas yang berbeza hanya sama kuliah..
Mmg lagi tak dapat nak terima la bila tahu yang dia sukakan aku..

Satu hari tu aku cuba satukan dia dengan kawan aku..sebab aku ingat kan dia syok kat member aku..
Aku pon beriya2 la mengayat member aku tok ska kat dia..
Sampai satu hari masa aku dok sembang ngan kawan tu..
Boleh plak dia ckap yang dia tak minat ngan Samad (boifren ak sekarang)
Aku pon tumpang sedih tok Samad..
Bila aku cakap niat aku kat Samad...(nada sedih waktu explain kat dier..sebab kesian)
Boleh plak dia ckap yang dia tak minat kawan ak tu..
Tapi 'DIA MINAT KAT AKU'

Rupanya selama ni dia ajak buat kerje umah sesama,
Makan sesame,
Borak sesama,
Ngumpat sesame (ada ke?),
ADALAH sebab dia minat kat aku..
Siapa sangka (ape tak nya..prangai aku bukan boleh dibanggakan pon)

Seminggu berlebih-lebih juga lah aku terkejut beruk..
Aku pon masa tu baru je patah hati..
So, aku tak dapat nak terima dia..
Dia pon ckap OK..dia tak kisah..(kecewa ckit)

Bila aku move on ngan kehidupan seharian aku..tetbe..EX aku cari aku balik..
Aku cari alasan ckap aku da ada boifren..sbb xmo dikecewa kan ag..
Last2, aku cari Samad..aku yang minta tolong dia jd boifren aku kejap..
Dia sah2 la OK..huhu..(tetbe rasa epi semacam..sedangkan minta tolong jerk)
Bila EX aku da tak kacau..aku pon..cakap la kat Samad..
'Tak yah belakon da..sume da settle'.
Dia pon cakap ngan nada pelahan..
Yang dia nak try sambung relation ni..
Aku cakap la..yang aku xnak kecewakan dia..takut aku xsayang dia..
[conclusion nya: kami bawa hala tuju memasing]

Tetbe, aku rse len sgt hidop ni tnpe dia..
Apa tak nya..
Sepanjang kami belakon tu tak rse langsug cam belakon..ape yang kami buat sume ikhlas..
Rupa nya..
Hati aku da lme terpaut kat dia..
Tapi..
Malu la plak nak cari dia balik..(perigi cari timba je rse)

Bila dok bilik layan perasaan sesorg..
Dia call cakap yang dia nk couple ngan aku...dia nk cuba bahagia kan aku..
Dia nak tolong aku supaya tak benci kan kaum Adam..
Dia betul2 berusaha..

Sebab malu..aku tolak..
Lepas beberapa minggu..aku mula rasa tak senang duduk..
Last2..aku g cari dia..tp ayt aku klaka sgt mse tu...mcm b*****
Boleh plak aku soh dia propose aku pada sekian2 tarikh..
Haha..lawak nyer..b**** nyer ak ni..

Tak sangka..dia betul2 tunaikan syarat aku yang memalukan tu.. (-_-)'
Aku pon dengan cover ayu nyer..terima dengan hati yang terbuka..
(DIA BETUL2 BERUSAHA MEMBAHGIAKAN AKU)


Sekarang ni, genap lah hubungan kami : 3tahun 4 bulan 2minggu 3 hari..


Kami 'berkenalan' di Matrikulasi..


Dan terpaksa berjauhan bagi memenuhi hari-hari yang mendatang..
Aku di Serdang..dan Dia di Skudai..
Hari-hari yang aku hadapi kat U amat sukar tanpa dia..[jgn kembang lak]
Mmg lebih byk pahit dari manis..
Pada awal kemasukan aku ke alam U mmg sukar..
Dugaan dtg bertubi-tubi..
Aku perlukan dahan untuk berpaut..dan dia tiada di sini untuk aku berpaut..


Apa tak nya..masa aku matrikulasi dengan dia..
Aku boleh dikatakan 24-jam dok berkepit dengan dia..
Tak ada pasangan lain lagi yang sanggup dok bangun pagi kul 8 [kalo tak de kelas]..
Dok study kat LIBRARY hanya sebab pasangan nya suruh..
Aku je yang diperlakukan seperti tu..
Dia akan pergi ke library untuk wat 'spot check' keatas aku..
Sebelum dia ke kelas..
Takut aku mungkiri janji..
Mmg byk kenangan..lebih2 lagi LIBRARY..
Yang menjadi lambang utuh cinta kami [jiwang jup]
Kami byk luangkan masa untuk menelaah bersama..kalo nk dekat exam..lagi kami dok ngadap buku..
Kami akan lebih gigih lagi pergi LIBRARY..sampai nk ttup br kami melangkah balik bilik..


Tapi bila aku di U..sukar untuk dia memahami keadaan aku..begitu juga aku untuk memahami dia..
Mungkin itu lah dugaan kami yang paling besar..
Sebab tak tahan dengan keadaan ni..Aku minta putus..
Bagi aku masa..


Tapi aku perlukan dahan..dahan yang aku berpaut di U rapuh..
Tak bertahan lama..


Aku mula dihantui dia semula..
Dia mencari aku dan aku terima dia..
Mungkin aku perempuan hina..tapi jauh disudut hati aku..aku perlukan dia..
Cinta aku mungkin tak sehebat cinta dia..
Aku akui nya..


Dia sabar dengan kerenah aku..
Dia memegang jawatan penting di sana..
Masa yang dia luang kan bersama aku tak de la sehebat dia luang kan bersama kawan dia disana..
Mmg aku jeles..tapi..ape kan daya..aku jauh..
Lebih baik dia aktif di sana drpd dia berfoya-foya..
Aku jeles..aku tak de la seaktif dia..
Aku byk menghabiskan masa aku di bilik dan di rumah..


Untuk kali ke-2 kami gado..gado kami panjang..
Dia sanggup turun ke KL 2kali seminggu...
Hanya untuk memastikan aku masih miliknya..
Tapi..
Aku tak sanggup terima perangai nya yang tidak percaya kan aku..
Dia tak percaya yang aku setia..


Kami pon lost contact lebih satu semester..
Dalam tempoh kami berpisah..
Aku mencari dahan untuk aku berpaut..tapi..dahan yang aku perpaut kali ni..
Tak tahan dengan perangai aku..


Mmg aku akui..perangai aku melampau..
Setiap bulan aku akan minta 'Clash'..semua kerna gara2 'ABC' aku..
Emosi aku mmg akan terganggu..
Tu mmg penyakit aku yang tak mungkin seminggu dua boleh sembuh..


Lagi sekali dia juga yang aku ingat..
Dia tak akan layan perangai aku mse aku ABC..
Sebab sayang dia dekat aku menyebabkan dia sabar dan byk memberi nasihat kat aku..
Aku bukan nya seorang yg sabar..
Aku juga tak suka dicabar..
Hanya dia yg sanggup dtg kembali kat aku untuk ke sejuta kali pon..
Aku amat hargai dia..


Dan sekarang..dia lah harta aku yang paling berharga selain keluarga ku...


Aku masih perlu kan dia..tanpa dia..aku akan sentiasa membuat pilihan yang salah..
Mungkin aku wanita yang perlukan perhatian..
Hanya dia yang mampu memberikan segalanya..
Mungkin aku perempuan hina..tapi aku perlu memiliki dia..

Jodoh pertemuan ditangan tuhan..Aku sebagai hamba-Nya hanya mampu memohon untuk memiliki yang terbaik sedangkan aku tahu aku manusia hina..